Cari:
Perlindungan Warisan Sejarah, Pembangunan Bandar Perlu Seiring
2017-06-13 17:34:09 CRI Cetak

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan badan-badan kerajaan Kemboja disarankan supaya tidak terlalu melindungi warisan sejarah di bandar hingga mengabaikan pembangunannya.

Saranan itu dikemukakan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dalam Mesyuarat Peringkat Menteri Dialog Kerjasama Pelancongan Asia ke-2 di Siem Reap, semalam.

Hun Sen berkata, kerajaan mahu mengekalkan wajah asal beratus-ratus rumah lama di bandar Phnom Penh. Namun, rumah-rumah tersebut terlalu usang sehingga membahayakan penghuni.

Beliau mencadangkan supaya perlindungan warisan sejarah dan pembangunan bandar dijalankan seiring.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China