Cari:
Letupan Bom di Bangkok, Dua Cedera
2017-06-17 15:37:29 CRI Cetak

Kejadian letupan bom yang berlaku di Bangkok pada petang semalam, telah menyebabkan dua orang cedera.

Menurut laporan media tempatan, kejadian berlaku apabila sebutir bom yang disembunyikan dalam beg plastik meletup di sebuah perhentian bas berhampiran bangunan pejabat Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) di Bangkok pada kira-kira pukul 4.13 petang.

Letupan itu telah mencederakan seorang pekerja pembersihan yang memjumpai dan membuka beg plastik tersebut.

Polis turut mengesan beberapa lagi beg yang disyaki mengandungi bahan letupan di sekitar lokasi kejadian. Kini, jenis bahan letupan tersebut masih belum dikenal pasti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China

• PM Li Sampaikan Laporan Kerja Kerjaan dalam NPC
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China