Cari:
Zon Perdagangan Longbang China-Vietnam Diluluskan
2017-06-19 12:35:39 CRI Cetak

Zon Perdagangan Rentas Sempadan Longbang, bandar Jingxi China-Vietnam telah diluluskan setelah diiktiraf mampu memenuhi keperluan sebagai pusat sehenti untuk transaksi perdagangan dan pelepasan kastam.

Kastam Longbang di sebelah China dan Kastam Xiongguo di Cao Bang, Vietnam merupakan laluan darat yang memudahkan urus niaga antara barat Guangxi, timur Yunnan dan selatan Guizhou dengan Vietnam dan Asia Tenggara.

Sejak 2009, kerajaan menggalakkan penduduk di kawasan tersebut turut serta dalam kegiatan perdagangan rentas sempadan untuk membangunkan ekonomi tempatan. Langkah tersebut amat berkesan, sehingga bangkitnya sektor pengangkutan kenderaan tiga roda untuk memenuhi keperluan logistik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China