Cari:
B&R Manfaat kepada Filipina
2017-06-21 10:26:52 CRI Cetak

Kementerian Kewangan Filipina semalam mengeluarkan kenyataan bahawa penglibatan Filipina dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) bermanfaat bagi negara tersebut, terutamanya dalam aspek pembangunan infrastruktur dan peluasan pasaran perdagangan.

Kenyataan tersebut memetik pernyataan Menteri Kewangan, Carlos Dominguez bahawa inisiatif B&R yang dikemukakan oleh China, khususnya Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 dapat melengkapi pelan pembangunan infrastruktur Filipina. B&R juga membolehkan produk Filipina menerokai pasaran negara-negara yang terlibat dalam inisiatif tersebut, sekali gus meningkatkan daya saingnya di pasaran global.

Filipina kini sedang melaksanakan projek-projek pembangunan infrastruktur dengan bantuan China, yang akan mengurangkan kos logistik.

Dominguez juga berpendapat bahawa pembinaan B&R akan menggalakkan perdagangan bebas yang kondusif bagi integrasi ekonomi Asia dan Eropah, yang turut membawa manfaat kepada Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China