Cari:
5 Diculik Militan Filipina
2017-06-21 17:12:44 CRI Cetak

Satu pertempuran tercetus di pekan Pigcawayan, provinsi Cotabato, selatan Filipina hari ini antara sekumpulan militan yang disyaki anggota Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF) dengan tentera kerajaan.

Ketua Inspektor Polis, Realan Mamon mengesahkan bahawa militan antikerajaan yang menyerang pekan tersebut telah menawan sebuah sekolah dan menculik lima orang awam semasa melarikan diri daripada serangan balas tentera kerajaan.

Identiti dan keadaan tebusan masih belum dapat disahkan oleh pihak tentera.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China