Cari:
AS, Filipina Kekal Skop Kerjasama Tentera
2017-06-21 11:29:21 CRI Cetak

Tentera Filipina mempunyai kemampuan untuk mengalahkan militan antikerajaan termasuk kumpulan Maute, maka skop kerjasama ketenteraan Filipina dengan Amerika Syarikat (AS) akan kekal seperti sedia ada. Demikian ujar Ernesto Abella, jurucakap presiden Filipina, semalam.

Setiausaha Pertahanan Negara AS, Jim Mattis ketika mengulas tentang penglibatan tentera AS di selatan Filipina, diberi cadangan oleh sesetengah anggota Kongres agar lebih banyak tentera AS ditempatkan di situ memandangkan kemungkinan pulau Mindanao dijadikan sarang pengganas dari luar Filipina.

Sebagai respons kepada cadangan tersebut, Abella dalam sidang media semalam menyatakan bahawa Filipina tidak menganggap bandar Marawi di Mindanao akan menjadi salah satu kubu militan Daesh, dan pihaknya telah berjaya menggagalkan niat kumpulan Maute yang hendak menduduki Marawi. Sumbangan tentera AS hanyalah dalam bentuk bantuan teknikal sebagaimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan, dan patut dihormati.

Abella menambah, selepas bertempur hampir sebulan, tentera Filipina telah menumpaskan sebanyak 258 pelampau. Pusingan baharu pertempuran di Marawi telah bermula dan diharap selesai menjelang 26 Jun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China