Cari:
Panda di Thailand Keguguran
2017-06-21 14:53:59 CRI Cetak

Panda Lin Hui di Zoo Chiang Mai, Thailand yang hamil dipercayai keguguran selepas paras hormon progesteron dalam darah haiwan itu gagal dikesan.

Berita itu telah disahkan benar oleh doktor di Balai Panda zoo tersebut, Boripat Siriaroonrat.

Menurut penjelasan doktor haiwan itu, Lin Hui menunjukkan tiga tanda-tanda keguguran, iaitu tiada hormon progesteron dalam darah, tiada fetus dikesan melalui imbasan ultrabunyi dan tingkah laku panda pulih seperti biasa yang tidak lagi selalu tidur.

Keadaan Lin Hui akan terus diperhatikan untuk lima hari akan datang.

Satu sidang media akan diadakan pada 29 Jun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China