Cari:
Xinjiang, Shandong Bina Laluan ke Asia Tenggara
2017-06-22 14:50:31 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Laluan pengangkutan bersepadu kereta api dan kapal terus dari China ke Asia Tenggara akan dibangunkan bersama-sama oleh Pelabuhan Darat Antarabangsa Urumqi, Xinjiang dan Syarikat Pengangkutan dan Logistik Antarabangsa Pelabuhan Qingdao, Shandong baru-baru ini.

Laluan tersebut merupakan laluan kedua yang terus menyambungkan China dengan Asia Tenggara selepas laluan pertama yang dibuka melalui kerjasama Urumqi dengan Lianyungang, Jiangsu.

Menerusi model kerjasama serantau yang lebih optimum, usaha sama ini akan membawa limpahan manfaat jangka panjang termasuk peningkatan kesalinghubungan antara semua pihak terlibat, serta penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan kereta api dan laut, dan pelepasan kastam.

Selepas laluan tersebut siap dibina, masa yang diperlukan untuk pengangkutan kargo ke Jepun, Korea Selatan serta rantau Asia Tenggara melalui Pelabuhan Qingdao akan dipendekkan kepada kira-kira 15 hari daripada lebih 30 hari sebelum ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China