Cari:
Forum Kualiti dan Pembangunan Berterusan Pelancongan China-ASEAN di Beijing
2017-06-23 10:38:41 CRI Cetak

Forum kualiti dan pembangunan berterusan pelancongan China-ASEAN sempena Pameran Gambar Pelancongan ASEAN telah diadakan di Beijing baru-baru ini.

Ketua Setiausaha Pusat China-ASEAN, Yang Xiuping dalam ucapan perasmian menyatakan bahawa jumlah saling mengunjungi China-ASEAN pada tahun 2016 telah melebihi 31.8 juta orang yang mencatat rekod baharu. Tahun ini merupakan Ulang Tahun ke-50 ASEAN dan Tahun Kerjasama Pelancongan China-ASEAN serta Tahun Perkembangan Pelancongan Berterusan Antarabangsa yang ditentukan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Sehubungan dengan itu, pihaknya berharap melalui forum ini, bersama-sama membincangkan langkah berkesan untuk meningkatkan kualiti pelancongan dan mendorong pembangunan berterusan industri pelancongan China dan ASEAN, sekali gus mengintensifkan pertukaran sosiobudaya kedua-dua pihak sehingga memberi sumbangan baharu kepada pembinaan bersama "Jalur dan Laluan" (B&R).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China