Cari:
BOC Cawangan Kemboja Beroperasi
2017-06-23 11:38:35 CRI Cetak

Cawangan Bank Of China (BOC) di Siem Reap dan pelabuhan Sihanouk, Kemboja mula beroperasi secara rasmi semalam.

Siem Reap, sebuah kota warisan budaya dunia mampu menjadi jambatan untuk mewujudkan persefahaman antara rakyat pelbagai negara, manakala pelabuhan Sihanouk, pelabuhan utama di Kemboja, memainkan peranan penting bagi melancarkan perdagangan.

Demikian ujar presiden BOC cawangan Siem Reap, Chen Changjiang dalam majlis perasmian, yang turut menyifatkan pembukaan serentak dua cawangan BOC tersebut sebagai mencerminkan keyakinan pihaknya terhadap prospek ekonomi Kemboja yang cerah.

Menurut Chen Changjiang, BOC komited untuk merintis jalan bagi pengumpulan dan pengagihan dana dalam rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) di Kemboja, selain menambah pelaburan terhadap projek-projek besar di negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China