Cari:
China Harap Intensifkan Kerjasama dengan ASEAN
2017-06-24 15:12:23 CRI Cetak

China amat mementingkan, menyokong dan menyertai dengan aktif kerjasama China, Jepun dan Korea Selatan dengan negara-negara ASEAN (ASEAN+3). Tahun ini merupakan ulang tahun ke-20 mekanisme kerjasama itu. China berharap merebut peluang ini bersama-sama dengan pelbagai pihak menambah peruntukan untuk mengintensifkan kerjasama kewangan, pertanian dan pembasmian kemiskinan dalam rangka ASEAN+3, dan menggalakkan pembinaan Komuniti Ekonomi Asia Timur. Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang semalam.

Kementerian Luar China mengumumkan semalam, Forum Asia Timur ke-15 akan diadakan di Changsha, provinsi Hunan China pada 29 Jun hingga 1 Julai. Para hadirin termasuk pegawai kerajaan, perwakilan dari kalangan industri dan kalangan staf akademik dari negara-negara ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan akan menjalankan perbicangan mengenai tema forum ini, iaitu 'Ulang Tahun ke-20 Kerjasama ASEAN+3 : Membina Komuniti Ekonomi Asia Timur'.

Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin akan mengetuai delegasi China untuk menghadiri forum ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China