Cari:
Najib: Kawalan Keselamatan Negara Terletak Di Tangan Rakyat
2017-06-26 10:00:12 CRI Cetak
Rakyat berperanan dalam menjamin keselamatan negara dengan memastikan mereka tidak terpengaruh dengan fahaman militan dan ekstremis yang bukan sahaja boleh menggugat keselamatan malah kesejahteraan negara, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata keamanan yang dikecapi negara kini membolehkan rakyat khususnya umat Islam menyambut Aidilfiltri dengan keadaan aman dan harmoni.

Katanya tugas-tugas menjaga keselamatan negara bukan hanya terletak di bahu pasukan keselamatan yang sedang menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan cergas dan pantas untuk melindungi negara daripada ancaman-ancaman di sempadan.

"Hari ini kita melihat bahawa keamanan dan keselamatan (negara) amat terjamin dan tanpa itu, tidak mungkin kita dapat menyambut Hari Raya secara bebas. Saya ingin menyatakan kawalan yang paling selamat adalah daripada rakyat sendiri.

Kalau rakyat tidak terpengaruh dengan fahaman militan dan ekstremis, kita dapat menyambut Hari Raya dalam keadaan bebas tanpa rasa gusar dan ketakutan. Inilah mesti kita pertahankan selama-lamanya", kata Najib.

Najib berkata demikian dalam temu ramah lintas langsung bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di Kuala Lumpur, yang bermula pada 10 pagi hingga 4 petang Ahad lalu.

Tambah Najib, kita dapat merasai dan menikmati kebebasan agak terjamin dengan kawalan keselamatan yang baik pada majlis hari ini. Ia memperlihatkan keamanan negara kita terus terjamin tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Kepada satu soalan, perdana menteri berkata perpaduan merupakan asas penting untuk menjamin keutuhan dan kestabilan politik yang akan memberikan keyakinan kepada semua.

sumber: BERNAMA

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China