Cari:
Konflik Dalaman antara Maute di Marawi
2017-06-27 14:57:37 CRI Cetak

Sebanyak 290 anggota militan telah ditumpaskan di bandar Marawi, selatan Filipina, manakala baki lebih kurang 120 lagi dilaporkan berselisih sesama sendiri ekoran isu kepimpinan dan penyerahan diri.

Setakat ini, pertempuran antara militan Maute dengan tentera kerajaan sudah berlanjutan selama 35 hari.

Kata jurucakap Tentera Filipina, Edgard Arevalo semalam, konflik dalaman timbul antara anggota Maute yang dipercayai berpunca daripada masalah kepimpinan dalam isu kewangan dan bekalan. Menurut maklumat risikan, sebilangan anggota Maute yang ingin menyerah diri telah dibunuh oleh anggota lain.

Dalam pada itu, lebih kurang 150 hingga 200 orang awam kini dalam tahanan Maute dan dipaksa terlibat dalam pertempuran.

Pada hari yang sama, jurucakap Presiden Filipina, Ernesto Abella menyatakan bahawa tentera kerajaan telah berjaya membebaskan 96 blok di Marawi, manakala empat lagi masih di bawah kawalan militan. Dua cabaran terbesar bagi operasi tentera kerajaan pada masa ini adalah serangan penembak hendap Maute dan letupan, serta tindakan kumpulan militan menggunakan orang awam sebagai perisai manusia dan bersembunyi di masjid.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China