Cari:
Kerajaan Filipina Tolak Syarat Tukar Tawanan
2017-06-28 11:17:39 CRI Cetak

Kerajaan Filipina menolak syarat pertukaran tawanan yang dikemukakan oleh kumpulan militan Maute dan menegaskan pihaknya tidak akan berunding dengan pengganas.

Kerajaan Filipina mengumumkan gencatan senjata sepihak selama 8 jam di bandar Marawi sempenna hari raya Aidilfitri pada 25 Jun lalu. Beberapa ketua agama telah memasuki kawasan konflik untuk mengadakan rundingan dengan kumpulan militan Maute lalu berjaya menyelamatkan 5 orang tebusan.

Dilaporkan, kumpulan Maute menyatakan bersedia membebaskan seorang tebusan paderi Katolik, di samping kerajaan perlu membebaskan ibu bapa dan saudara mara ketua kumpulan Maute.

Jurucakap presiden Filipina, Ernesto Abella mengulas dalam sidang akhbar semalam bahawa kerajaan tidak akan berunding dengan pengganas.

Rundingan pembebasan tebusan itu bukan diketuai kerajaan, maka sebarang tuntutan kumpulan militan Maute tidak berasas. Semua pengganas dan penyokong mereka mesti bertanggungjawab atas tindakan masing-masing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China