Cari:
Thailand, Myanmar Bakar Dadah
2017-06-28 10:10:24 CRI Cetak
Pihak berkuasa Thailand dan Myanmar dilaporkan telah membakar dadah bernilai lebih AS$800 juta (RM3.43 bilion) dalam dua kejadian berasingan pada 26 Jun lalu.

Tindakan itu dibuat sebagai tanda menyokong kempen memerangi pengedaran serta penyalahgunaan bahan terlarang itu oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini.

Di Ayutthaya, Thailand, lebih sembilan tan dadah termasuk jenis 'methamphetamine' atau 'yaba' dipercayai bernilai AS$590 juta (RM2.53 bilion) telah dibakar.

Sementara itu, pelbagai dadah bernilai kira-kira AS$217 juta (RM929.75 juta) pula telah dirampas di Myanmar sebelum turut dibakar oleh pihak berkuasa di sana.

sumber: UTUSAN

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China