Cari:
Kerjasama dan Inovasi Pengajian Tinggi Yunnan-Thailand
2017-06-28 14:59:06 CRI Cetak

Aktiviti kerjasama dan pertukaran pendidikan provinsi Yunnan, China dengan Thailand 2017 diadakan di Universiti Yunnan semalam. Lebih 200 orang wakil dari lebih 60 institusi pengajian tinggi (IPT) dan pegawai kerajaan kedua-dua pihak menyertai aktiviti kali ini. Mereka membincangkan inovasi dan kerjasama pendidikan tinggi dalam rangka inisiatif Jalur dan Laluan (B&R).

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Yunnan, Zhou Rong ketika berucap dalam aktiviti kali ini berkata, pertukaran dan kerjasama dalam bidang pendidikan antara Yunnan dengan Thailand amat berhasil pada beberapa tahun kebelakangan ini. Pada tahun yang lalu, lebih dua ribu orang mahasiswa Thailand melanjutkan pelajaran di Yunnan. Sementara itu, lebih empat ribu orang mahasiswa Yunnan melanjutkan pelajaran di Thailand.

Naib Setiausaha Jawatankuasa Pengajian Tinggi Thailand, Bundit Thipakorn pula berkata, pihaknya komited untuk mewujudkan pembangunan mampan melalui inovasi dan penggunaan teknologi. Kerjasama dengan Yunnan mendinamikkan pendidikan di negaranya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China