Cari:
Malaysia Kini di Tahap 2
2017-06-29 09:34:08 CRI Cetak

Kejayaan Malaysia keluar daripada senarai Pengawasan Tahap 2 dan dimasukkan ke kategori Tahap 2 dalam Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mendapat pujian daripada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Melalui Facebook, Perdana Menteri Malaysia mengucapkan tahniah kepada usaha kolektif mereka yang terlibat dalam mengekang aktiviti pemerdagangan manusia di Malaysia.

"Tahniah kepada mereka yang bekerja keras sehingga mencapai tahap ini.

"Malaysia akan tetap komi­ted untuk menghentikan kegi­atan pemerdagangan manusia, melindungi mangsa dan mendakwa mereka yang terlibat," katanya melalui Facebook beliau Rabu lalu.

Laporan TIP itu menyebut kerajaan Malaysia menunjukkan peningkatan usaha berbanding laporan yang dikeluarkan sebelum ini.

Laporan itu juga menyebut bahawa kedudukan Malaysia dinaik taraf kepada Tahap 2 dan kerajaan Malaysia telah menunjukkan peningkatan usaha dengan memperluas penyiasatan, pendakwaan dan sabitan pendakwaan.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China