Cari:
Indonesia, China Tingkatkan Perkongsian Maklumat Kewangan
2017-06-29 13:10:02 CRI Cetak

Indonesia telah memeterai perjanjian perkongsian maklumat kewangan dengan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong China baru-baru ini bagi memperoleh maklumat mengenai aset milik warganya di Hong Kong.

Menurut Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani, pihaknya merancang untuk memeterai perjanjian serupa dengan Switzerland, Singapura dan Makau China.

Kemudahan amnesti cukai yang ditawarkan oleh negara itu pada tahun lalu dikatakan kurang berjaya menarik peniaga Indonesia di seberang laut untuk mengisytiharkan aset mereka. Sejumlah besar daripadanya masih belum didaftar dan dikenakan cukai.

Kerajaan Indonesia merancang untuk meningkatkan cukai berkenaan sebanyak 18% pada tahun ini untuk disalurkan kepada pembinaan prasarana dan mengurangkan defisit kewangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China