Cari:
B&R Dapat Sambutan dalam CICA
2017-06-29 15:15:06 CRI Cetak

Mesyuarat kedua Persidangan mengenai Interaksi dan Langkah Membina Keyakinan di Asia (CICA) diadakan di Beijing semalam, dengan tema "CICA 25 Tahun: Demi Keselamatan dan Pembangunan Asia".

Para hadirin rata-rata bersependapat bahawa CICA dan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) mencerminkan kebijaksanaan dan visi yang dikongsi negara-negara Asia dalam aspek keselamatan serantau dan hala tuju pembangunan

Antara topik yang dibincangkan oleh kira-kira 300 peserta termasuk kerjasama komprehensif, konsep dan pelaksanaan keselamatan serantau yang bercirikan Asia, serta pembangunan B&R.

Mantan Perdana Menteri Korea Selatan, Lee Hai-chan berkata, inisiatif B&R merupakan pilihan terbaik untuk meningkatkan pembangunan ekonomi Asia dan hubungan antara satu sama lain. Inisiatif tersebut akan memainkan peranan penting dalam menggalakkan kemakmuran Asia.

Menurut Duta Besar Kazakhstan ke China, Shahirat Nurishev pula, kerjasama keselamatan dan kesalingpercayaan adalah mustahak untuk mendorong B&R. CICA dengan pengalaman selama 25 tahun dalam bidang-bidang tersebut, dapat menyumbang kepada pembangunan B&R.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), Essam Sharaf berkata negara-negara Asia harus memperkukuh kerjasama dan menjamin kestabilan dan keselamatan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China