Cari:
Kedutaan Besar China di India Merayakan Ulang Tahun ke-20 Hong Kong Kembali ke Tanah Air China
2017-07-02 15:15:21 CRI Cetak

Seminar dan pameran gambar menyambut ulang tahun ke-20 Hong Kong kembali ke tanah air China diadakan di Calcutta, India pada 30 Jun lalu.

Menteri di Kedutaan Besar China di India, Cheng Guangzhong, Pemangku Konsul Jeneral China ke Colcutta, Cai Zhifeng, dan wakil-wakil Persatuan Perantau Cina di India menghadiri seminar tersebut.

Cheng Guangzhong berkata, hubungan antara Hong Kong dengan India kian erat selepas Hong Kong kembali ke tanah air China. Pada masa ini, Hong Kong dan India menjadi rakan dagang ke-7 terbesar antara satu sama lain. Selain itu, Hong Kong juga pasaran terbesar bagi produk barang kemas India.

Cheng berharap India dapat meneruskan dan memperluaskan kerjasama serta komunikasi dengan Hong Kong, serta menggalakkan perkembangan hubungan China dengan India.

Para wakil yang menyertai seminar kali ini menanjung tinggi prinsip "satu negara dua sistem" dan kemajuan Hong Kong dalam 20 tahun yang lalu.

Selepas seminar itu, para peserta telah menonton pameran gambar berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China