Cari:
Forum B&R di Filipina
2017-07-03 14:20:31 CRI Cetak

Forum "Jalur dan Laluan" (B&R) anjuran Dewan Perniagaan Hong Kong Filipina (HKCCPI) diadakan di Manila baru-baru ini.

Forum itu memfokuskan penyertaan Filipina dalam inisiatif B&R dengan memanfaatkan kemudahan dan kelebihan Hong Kong dari segi perniagaan.

Presiden HKCCPI, Anthony Chan ketika berucap dalam forum itu berkata, dalam tempoh 20 tahun sejak kembali ke tanah air China, Hong Kong kekal sebagai pusat kewangan, perkapalan dan perdagangan antarabangsa, serta antara entiti ekonomi paling bebas dan berdaya saing.

Pengarah Penyelidikan Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HTDC), Nicholas Kwan pula berpendapat, Hong Kong selaku pasaran bebas akan menyediakan perkhidmatan kawalan risiko kewangan rentas sempadan, di samping menggalakkan penyertaan masyarakat antarabangsa dalam insiatif B&R.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China