Cari:
MAB mahu teroka 
lebih banyak laluan
2017-07-03 09:34:48 CRI Cetak

Malaysia Airline Berhad (MAB) akan meneroka lebih banyak laluan di Asia terutama China, Korea Selatan, Jepun dan India yang dilihat mampu menjana pulangan kepada kumpulan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Peter Bellew berkata, MAB juga tidak menolak kemungkinan untuk memberi tumpuan kepada penerbangan tanpa henti ke negara-negara Eropah.

Katanya, bagaimanapun per­­saingan amat sengit me­mandang­kan syarikat penerba­ngan seperti Emirates, Qatar Airways dan Etihad Airways menawarkan kadar pe­nerbangan tanpa henti yang lebih murah ke destinasi di Eropah berbanding Malaysia Airlines.

"Sememangnya kami secara berterusan sentiasa mencari peluang-peluang baharu dalam meneroka lebih banyak laluan, tetapi kami perlu pastikan ia untung dan berbaloi. Pastinya China, misalnya satu pasaran yang sa­ngat besar dan tahun ini sahaja kita telah membuka sembilan laluan ke negara tersebut.

"Ini satu langkah pengembangan yang cukup besar untuk kumpulan bagi tahun ini dan dalam masa sama, kami cuba melihat laluan terus dari Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Ku­ching. Akan tetapi kami perlu pastikan, kos asas adalah betul dan menguntungkan.

"Tahun depan pula akan me­nyaksikan lebih banyak tambahan frekuensi, cuma yang menjadi keutamaan kami sekarang untuk menambah bilangan pesawat dan menguruskan laluan sedia ada.

Sepanjang tahun ini, MAB akan mengembangkan 11 laluan baharu bermula dari China ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu. Pada suku kedua akan menyaksikan tiga destinasi baharu iaitu ke Wuhan, Fuzhou dan Nanjing bermula Jun lalu atau Julai ini dengan perkhidmatan tambahan ke Chengdu dan Chongqing pada Oktober 2017.

Perkhidmatan dari Kota Kinabalu ke Tianjin pula disasarkan dilancarkan pada suku ketiga termasuk dua lagi perkhidmatan tambahan baharu dari Pulau Pinang ke pasaran baharu China.

Sebagai sebahagian daripada langkah mengoptimumkan rangkaian secara berterusan, MAB menamatkan laluan antara Darwin dan Kuala Lumpur mulai 28 Julai ini sebaliknya akan terus meningkatkan frekuensi ke Ade­laide, Auckland dan Perth.

sumber: UTUSAN

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China