Cari:
Dezhou Teroka Kerjasama dengan Kemboja
2017-07-04 15:41:01 CRI Cetak

Sidang promosi perniagaan membabitkan bandar Dezhou, China dan Kemboja diadakan di Phnom Penh semalam.

51 buah syarikat Dezhou yang menyertai sidang tersebut kebanyakannya berskala kecil dan sederhana yang melibatkan industri makanan, tenaga alternatif dan pembuatan peralatan.

Hasil sidang itu, kontrak kerjasama bernilai lebih USD500 juta (RM2 bilion) ditandatangani.

Datuk Bandar Dezhou, Chen Fei berkata, kedua-dua pihak mempunyai potensi kerjasama luas dalam banyak sektor.

Presiden Persatuan Cina Kemboja, Pung Kheav Se berkata, Kemboja merupakan salah sebuah negara di Asia Tenggara yang mampan pertumbuhan ekonominya, selain mengamalkan dasar pelaburan yang longgar. Pihaknya bersedia menjadi jambatan antara Kemboja dan China untuk meneroka kerjasama pelaburan yang menguntungkan kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China