Cari:
Malaysia akan Beri Taklimat pada Waris Mangsa MH17 Khamis Depan
2017-07-06 15:08:01 CRI Cetak

Waris mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di ruang udara Ukraine pada 2014 akan diberi taklimat berkenaan proses pendakwaan yang akan dilakukan di Belanda pada Khamis depan (17 Julai) di Putrajaya bersempena majlis peringatan ulang tahun ketiga insiden itu.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kementerian akan menjemput kesemua waris untuk diberi taklimat dan maklumat berhubung perkembangan terkini insiden MH17 di Hotel Marriot Putrajaya.

Malaysia dan negara Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) iaitu Belanda, Belgium, Ukraine dan Australia bersetuju agar pendakwaan nasional terhadap mereka yang bertanggungjawab menyebabkan MH17 ditembak jatuh dilakukan di Belanda.

Liow berkata negara-negara terlibat yakin terhadap pelaksanaan undang-undang di Belanda mampu beri keadilan kepada kesemua mangsa tanpa perlu melibatkan mahkamah antarabangsa.

Pesawat Boeing B777 itu yangdalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 298 penumpang termasuk anak kapal, ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai, 2014.

sumber: UTUSAN

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China