Cari:
Rakyat Malaysia Belanja RM6.8 Bilion untuk Telefon Pintar
2017-07-06 15:18:02 CRI Cetak
Rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM6.8 bilion untuk membeli telefon pintar tahun lepas, demikian menurut kajian organisasi penyelidikan pemasaran terbesar Jerman, GfK.

Pengarah Urusan GfK Asia Tenggara, Stanley Kee menerusi satu kenyataan memaklumkan, terminal Jualan GfK menunjukkan peningkatan jualan ketara daripada RM5.4 bilion pada 2015, dengan kenaikan terbesar disumbangkan oleh model telefon pintar pertengahan yang berharga antara RM900 ke RM1,050.

Beliau berkata, rekod itu dibuat bermula Mac 2016 hingga Februari 2017.

"Telefon pintar berjenama dari China merupakan pemacu utama kepada peningkatan permintaan peranti mudah alih tahun lepas, yang mana juga mencatatkan jumlah tertinggi jenama telefon pintar baharu memasuki pasaran.

"Dengan peningkatan rangkaian mudah alih baru-baru ini, pengguna sering menggunakan telefon pintar mereka bagi aktiviti seperti membeli-belah dalam talian, media sosial dan pencarian umum dalam internet," katanya.

sumber: UTUSAN

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China