Cari:
Persatuan Kesenian Singapura Sambut Ulang Tahun ke-50
2017-07-09 15:07:25 CRI Cetak

Persatuan Kesenian Singapura mengadakan pameran karya lukisan dan kaligrafi di Pusat Kebudayaan China di Singapura sempena sambutan ulang tahun ke-50nya, 8 Julai lalu.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Singapura, Grace Fu Hai Yien dalam ucapannya telah mengimbau kembali sejarah perkembangan persatuan tersebut.

Beliau berkata, usaha akan terus dilakukan untuk memartabatkan seni budaya Singapura termasuk meningkatkan sokongan kerajaan serta kerjasama sektor swasta dengan kerajaan.

Ketua Persatuan Kesenian Singapura, Tan Siah Kwee pula menyatakan bahawa di samping berusaha mempromosi kesenian dan membantu artis tempatan, pihaknya juga aktif mengadakan interaksi dengan komuniti seni dan budaya dari China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China