Cari:
Tay Tian Yan: Setiap Warganegara Perlu Fasih B.Melayu
2017-07-10 11:03:24 CRI Cetak

Bahasa rasmi Malaysia merupakan bahasa Melayu dan setiap warganegara negara itu perlu memiliki tahap kemampuan yang munasabah terhadap bahasa tersebut, sama ada suka atau tidak.

Timbalan Ketua Pengarang Sin Chew Daily, Tay Tian Yan berkata, beliau kecewa kerana kebanyakan masyarakat Cina di negara itu memandang keperluan lulus subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan sesuatu yang tidak perlu dan tidak berasas.

Menurutnya, negara-negara maju lain seperti United Kingdom, Australia, New Zealand dan Singapura menetapkan keperluan mempunyai sijil bahasa Inggeris sebelum diterima bekerja dalam sektor kerajaan, manakala di China pula, rakyatnya mesti menguasai dengan baik bahasa Mandarin sekiranya inginkan kedudukan yang sama.

"Tetapi penduduk di negara-negara terbabit tidak mengutuk kerajaan kerana menetapkan keperluan bahasa, malah langsung tidak menganggap yang mereka telah diperlakukan secara tidak adil. Mungkin saya salah tetapi saya tidak pernah mendengar mereka mengadu atau membantah kerana ini merupakan sebahagian yang terdapat dalam sistem pentadbiran negara mereka.

"Bahasa kebangsaan dan rasmi sama ada bahasa Inggeris, Mandarin atau Melayu merupakan komponen penting yang membina sebuah negara, membolehkan masyarakat daripada latar belakang berbeza untuk bergaul dan berinteraksi, seterusnya mewujudkan beberapa pemahaman umum serta perpaduan negara.

"Secara realitinya, bahasa kebangsaan mempunyai nilai praktikal yang tinggi kerana membenarkan orang ramai yang mengunjungi pejabat kerajaan atau hospital berkomunikasi dengan bahasa yang difahami semua," kata Tian Yan.

Baru-baru ini, polemik berhubung penggunaan bahasa Melayu timbul berikutan tindakan Kementerian Kesihatan mempertahankan keputusan melonggarkan syarat kelayakan lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dalam SPM bagi lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred UD41.

sumber: Utusan Melayu

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China