Cari:
Malaysia: Pengguna Berkerusi Roda Dapatkan Bantuan Untuk Guna LRT
2017-07-10 11:08:30 CRI Cetak
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) Malaysia menasihati penumpang yang menggunakan kerusi roda agar mendapat bantuan petugas di stesen LRT semasa memasuki atau keluar daripada tren agar mereka tidak tersangkut pada ruang platform yang ada antara lantai plaform dan tren.

"Orang kurang upaya (OKU) boleh mendapat bantuan daripada Polis Bantuan kami atau sebarang petugas lain di platform. Jika tanpa kehadiran mereka, OKU boleh meminta bantuan penumpang lain," kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Datuk Zohari Sulaiman dalam satu kenyataan.

Selain itu pengumuman turut dibuat dari semasa ke semasa agar penumpang berhati-hati dengan ruang yang ada, katanya.

Beliau mengulas mengenai kes yang pernah berlaku sebelum ini di mana kerusi roda seorang OKU tersangkut pada platform di Stesen LRT Pusat Bandar Puchong.

Zohari berkata pengguna juga perlu memastikan kerusi roda mereka berada dalam keadaan baik.

sumber: BERNAMA

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China