Cari:
Najib Optimistik MAS Untung Tahun Depan
2017-07-11 12:36:09 CRI Cetak

Malaysia Airlines Berhad (MAB) menunjukkan kemajuan positif dalam pelan pemulihannya dan dijangka akan kembali mencatat keuntungan pada tahun depan.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Malaysia Aviation Group (MAG) di Kuala Lumpur semalam.

Beliau yakin Malaysia Airlines mampu mencapai penarafan lima bintang Skytrax tahun hadapan, sekali gus bangkit semula sebagai syarikat penerbangan terkemuka di dunia.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, tumpuan kini diberikan kepada fasa kedua penstrukturan MAB melibatkan penambahan laluan baharu termasuk 11 laluan ke China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China