Cari:
Pameran B&R Sempena Ekspo China-ASEAN
2017-07-11 13:18:42 CRI Cetak

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-14 akan diadakan di Nanning, Wilayah Autonomi Guangxi, China pada 12 hingga 15 September, dengan Brunei Darrusalam sebagai negara peserta utama.

Ekspo yang diadakan bertepatan dengan ulang tahun ke-50 ASEAN dan tahun kerjasama pelancongan China-ASEAN ini menyediakan wadah untuk 10 ribu peserta dari bidang profesional membincangkan kerjasama menerusi 30 forum dan lebih 80 sesi rundingan.

Dalam tempoh ekspo tersebut, satu pameran bertemakan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) akan diadakan buat pertama kalinya. Syarikat-syarikat dari negara yang terlibat dalam B&R akan diundang untuk ikut serta.

Selain itu, Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN ke-14 akan turut diadakan, di samping aktiviti-aktiviti melibatkan kerjasama pelbagai bidang seperti kapasiti industri antarabangsa, kereta api berkelajuan tinggi, logam bukan ferus, elektrik dan telekomunikasi.

Pameran kelengkapan bagi sektor pembuatan pintar juga akan diadakan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China