Cari:
Semangat Muhibah Perlu dalam Penyelesaian Isu Laut China Selatan
2017-07-13 10:40:36 CRI Cetak

Bersempena dengan genap setahun pengumuman keputusan kes timbang tara berhubung isu Laut China Selatan, Jabatan Luar Filipina mengeluarkan kenyataan bahawa pertikaian di perairan tersebut perlu diselesaikan berdasarkan semangat muhibah dan kejiranan yang baik.

Menurut kenyataan tersebut, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengutamakan keamanan dan kestabilan serantau. Penyelesaian rundingan rangka Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC) amat menggalakkan, dan ia bermanfaat bagi pihak-pihak terlibat memuktamadkan kod tersebut.

Setiausaha Luar negara itu, Alan Peter Cayetano dalam kenyataan tersebut menegaskan semula pendirian Filipina yang tidak akan bermusuhan dengan mana-mana negara, sebaliknya bersahabat dengan negara-negara terbabit, ketika mengejar kepentingan ekonomi dan politik sendiri serta memelihara keamanan berkekalan di rantau berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China