Cari:
Kerjasama China-Filipina Manfaat kepada Kestabilan Laut China Selatan
2017-07-13 11:44:03 CRI Cetak

Kerjasama yang muhibah dan pragmatik antara China dan Filipina menyumbang kepada keamanan dan kestabilan Laut China Selatan.

Demikian dikatakan jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang ketika mengulas kenyataan Jabatan Luar Filipina bersempena genap setahun keputusan kes timbang tara Laut China Selatan diumumkan.

Geng Shuang berkata, China yang melindungi kedaulatan wilayah dan kepentingan di Laut China Selatan, tetap komited untuk mengadakan rundingan dengan negara-negara yang terlibat langsung dalam isu berkenaan untuk menyelesaikan pertikaian secara damai, demi keamanan dan kestabilan perairan tersebut.

Beliau menegaskan bahawa hubungan China dan Filipina telah bertambah kukuh hasil kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang. Perkembangan ini selaras dengan kepentingan bersama rakyat kedua-dua negara, malah sejajar dengan hasrat negara-negara serantau yang ingin melihat Laut China Selatan aman dan stabil.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China