Cari:
BOC Jakarta Tukar Nama
2017-07-13 13:23:06 CRI Cetak

Bank of China (BOC) cawangan Jakarta akan ditukar nama menjadi BOC (Hong Kong) cawangan Jakarta.

Menurut laporan akhbar Guoji Ribao Indonesia, BOC (Hong Kong) akan menjalankan penyusunan semula aset terhadap urusan BOC di Asia Tenggara bagi mengembangkan perniagaan di rantau tersebut.

Naib Pengerusi merangkap Presiden BOC di Hong Kong, Yue Yi menyatakan bahawa cawangan di Jakarta itu telah menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan yang membolehkan semakin banyak syarikat China berurus niaga di Indonesia.

BOC (Hong Kong) akan menggunakan kelebihan sendiri termasuk produk kewangan yang sedia ada, teknologi yang profesional dan perkhidmatan bertaraf tinggi untuk menaikkan kedudukan BOC (Hong Kong) cawangan Jakarta sebagai bank utama di negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China