Cari:
Perjumpaan Semula Peserta Bengkel Budaya Bisnes China-Indonesia
2017-07-14 14:53:56 CRI Cetak

Para sarjana Indonesia yang pernah mengikuti Bengkel Integrasi Budaya Bisnes 2016 dijemput untuk satu acara perjumpaan semula, anjuran Pejabat Perdagangan Kedutaan Besar China di Indonesia.

Wang Liping, Menteri Penasihat Pejabat Perdagangan tersebut yang merasmikan acara itu menyatakan bahawa China akan terus mengadakan kursus latihan serupa, dan akan berusaha untuk memperkukuh persefahaman dan persahabatan antara kedua-dua negara.

Sarjana Indonesia yang hadir menyifatkan bengkel itu sebagai platform bagi mereka untuk lebih mengetahui dan memahami China, serta menimba pengalaman daripada kejayaan China baik dari segi pembangunan negara mahu pun sejarah dan budayanya yang cemerlang.

Mereka bersependapat bahawa pembangunan China bukan sahaja bermanfaat bagi Indonesia, malah boleh dijadikan teladan bagi menyuntik momentum baharu kepada pembangunan Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China