Cari:
Filipina Galakkan Projek Rangkaian Kereta Api
2017-07-14 11:30:35 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Filipina akan menggalakkan projek pembangunan rangkaian landasan kereta api di seluruh negara serta prasarana berkenaan dengan pembiayaan kerajaan dan model kerjasama awam swasta (PPP) serta saluran pengumpulan dana yang lain.

Pendapatan yang dijana dari projek tersebut akan digunakan untuk membayar balik pelbagai pinjaman.

Timbalan Setiausaha Pengangkutan Filipina, Cesar Chavez menyatakan demikian ketika diwawancara media tempatan baru-baru ini.

Chavez berkata, Filipina dan China telah membincangkan kaedah untuk menggunakan modal China dalam pembinaan landasan kereta api Filipina.

Selain China, kerajaan Jepun dan sebuah syarikat Malaysia turut menyampaikan keinginan untuk menyertai projek tersebut.

Sebelum ini, Setiausaha Kewangan Filipina, Carlos G. Dominguez telah mengemukakan hasrat kerajaan Filipina untuk memohon pinjaman dari China dan Jepun untuk tempoh 30 hingga 35 tahun, dengan kadar faedah antara 2% hingga 3%.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China