Cari:
Dekri Presiden Indonesia Bubarkan Kumpulan Radikal
2017-07-14 14:33:39 CRI Cetak

Presiden Indonesia, Joko Widodo telah menandatangani satu perintah baharu yang memberi kerajaan kuasa untuk mengharamkan dan membubarkan pertubuhan radikal yang melanggar Pancasila dan perlembangan negara itu.

Perintah tersebut merupakan Dekri Presiden No. 2 tahun 2017, dan akan menggantikan perintah yang berkuat kuasa sejak 2013.

Dalam satu sidang media kelmarin, Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum, dan Keamanan Indonesia, Wiranto telah menjelaskan bahawa perintah baharu itu akan dibincangkan dalam Parlimen sebelum diluluskan menjadi undang-undang.

Pada 8 Mei lalu, kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan untuk membubarkan Forum Khilafah Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) kerana kegiatan yang dianggap mengancam keselamatan dan kestabilan negara.

Namun, belum ada sebarang tindakan yang diambil terhadap HTI setakat ini ekoran kekangan dari segi undang-undang.

Menurut tinjauan pendapat umum berkenaan, 78.4% responden menyokong keputusan kerajaan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China