Cari:
China, Negara Sumber Pelancong Terbesar bagi Thailand
2017-07-16 15:22:49 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Jumlah pelancong asing yang mengunjungi Thailand mencecah 17.33 juta orang pada separuh tahun pertama tahun ini, dan mendatangkan pendapatan pelancongan sebanyak THB876 bilion (kira-kira RM111.4 bilion) kepada negara itu.

Antaranya, lebih 27 peratus yakni THB241.2 bilion (kira-kira RM30.7 bilion) disumbangkan oleh pelancong China.

Menurut anggaran Kementeian Pelancongan dan Sukan Thailand, keseluruhan pendapatan dalam sektor pelancongan pada separuh tahun pertama tahun ini naik 6 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu dengan mencatat THB1.37 trilion (kira-kira RM174.2 bilion), termasuk pendapatan pelancongan domestik yang berjumlah kira-kira THB500 bilion (kira-kira RM63.6 bilion).

Jumlah pelancong China ke Thailand dijangka akan melebihi 9 juta orang pada tahun ini.

Selepas China, Rusia dan Malaysia merupakan negara penyumbang kedua dan ketiga terbesar bagi pendapatan pelancongan antarabangsa Thailand.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China