Cari:
Benigno Aquino III Didakwa
2017-07-17 13:42:07 CRI Cetak

Pejabat Ombudsman Filipina mengemukakan dakwaan jenayah terhadap bekas presiden, Benigno Aquino III pada 14 Julai lalu atas tuduhan melanggar undang-undang dalam insiden Mamasapano pada Januari 2015 yang mengakibatkan 44 polis maut.

Menurut dakwaan, Aquino memberi kuasa kepada bekas ketua polis yang dipecat kerana terlibat dalam kegiatan rasuah, untuk merancang operasi menahan pengganas di pekan Mamasapano. Tindakan itu menyalahi Undang-Undang Antirasuah.

Selain itu, Aquino telah memintas prosedur lazim dengan mengetepikan pelbagai pegawai berkaitan, sebaliknya membenarkan hanya dua hingga tiga pegawai yang dipilihnya merancang dan melancarkan operasi tersebut.

Jurucakap Presiden Rodrigo Duterte menyatakan bahawa pihaknya menghormati siasatan ini, kerana pejabat penyiasat kerajaan itu menjalankan tugas dengan mandat perlembagaan.

Lihat juga
berita lain
v Gempa Filipina Ragut 2 2017-07-10 10:42:04
v Gencata Senjata Sementara di Marawi 2017-06-26 11:18:36
v Tebusan Militan Filipina Selamat 2017-06-22 10:33:46
v 5 Diculik Militan Filipina 2017-06-21 17:12:44
v AS, Filipina Kekal Skop Kerjasama Tentera 2017-06-21 11:29:21
v Latihan Antilanun AS-Filipina 2017-06-20 10:39:33
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China