Cari:
Malaysia: Daging Babi Bercampur Kambing Dirampas
2017-07-18 10:54:49 CRI Cetak

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menyita empat kontena dipercayai berisi daging babi bercampur daging kambing yang dibawa masuk dari Sepanyol dalam serbuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Iskandar Puteri semalam.

Pengarah Maqis Johor/Melaka, Siti Nur Ahmad berkata, bekalan daging seberat 120 tan metrik yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2 juta itu disusun bercampur-campur yang diletakkan dalam empat kontena sejuk beku.

Rampasan itu dibuat pukul 1 petang hasil maklumat awal yang diperoleh daripada orang awam sejak 31 Mei lalu sebelum pihaknya menyekat pergerakan kontena berkenaan keluar dari kawasan pelabuhan selain menjalankan siasatan bagi mengesan pengimport produk berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati pengimport itu yang juga pengusaha tempatan produk sejuk beku beroperasi di Selangor, selain terdapat keraguan daripada segi muatan kontena itu yang mengandungi daging kambing dan muatan berisi daging babi bercampur dalam kontena yang sama.

"Pengusaha terbabit melanggar syarat permit mengimport daging yang mendapat kebenaran sepatutnya diimport dari Australia sahaja, sebaliknya daging yang tiba di pelabuhan adalah dari Sepanyol termasuk daging yang disyaki babi itu," katanya.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China