Cari:
Kerajaan Malaysia Komited Tangani Kes Pemerdagangan Manusia
2017-07-18 14:15:11 CRI Cetak

Sebanyak 67 daripada 254 kes berkaitan pemerdagangan manusia yang didakwa di mahkamah Malaysia telah berjaya memperoleh sabitan.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah tersebut direkodkan dari Januari sehingga Jun lalu.

"Daripada keseluruhan sabitan itu, sebanyak 43 kes melibatkan kesalahan pemerdagangan manusia, manakala 24 kes berunsur pemerdagangan manusia.

"Bagi tempoh Januari hingga Mei lalu, jumlah tangkapan yang direkodkan adalah sebanyak 363 kes," katanya dalam satu kenyataan pada 17 Julai lalu.

Ahmad Zahid seterusnya berkata, penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam pengurusan mangsa pemerdagangan manusia sebagai satu perkembangan positif dan perlu diteruskan.

Jelas beliau, ia selaras dengan komitmen negara dalam melaksanakan pindaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang telah berkuat kuasa sejak 2015.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China