Cari:
460 ribu Hilang Tempat Tinggal di Marawi
2017-07-18 14:06:28 CRI Cetak

Pertempuran antara tentera kerajaan Filipina dengan militan Maute dan Abu Sayyaf di Marawi telah mengakibatkan lebih 460 ribu orang kehilangan tempat tinggal.

Lebih 20 ribu kini berlindung di 87 pusat penempatan sementara yang didirikan kerajaan, manakala 440 ribu lagi terpaksa menumpang di rumah sanak saudara mereka.

Demikian dimaklumkan Setiausaha Kesihatan Filipina, Paulyn Jean Rosell-Ubial dalam sidang media semalam.

Demi keselamatan, penduduk Marawi dinasihati jangan kembali ke rumah masing-masing sehingga keadaan di bandar tersebut pulih tenteram.

Kini tentera kerajaan sedang berusaha menumpaskan 70 militan yang masih mengawal empat blok di Marawi.

Pertempuran di Marawi telah meragut 553 nyawa, termasuk 411 anggota militan, 97 polis tentera, dan 45 orang rakyat jelata.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China