Cari:
Filipina Sediakan Penterjemah Mandarin di Lapangan Terbang
2017-07-18 14:07:37 CRI Cetak

Jabatan Imigresen Filipina menyediakan perkhidmatan penterjemah bahasa Mandarin di lapangan terbang Manila sejak Disember lalu untuk memudahkan prosedur imigresen bagi pelancong China.

Dengan tindakan tersebut, bilangan warga China yang ditolak masuk ke Filipina dalam tempoh antara Januari hingga Jun tahun ini menurun lebih 20% berbanding enam bulan sebelumnya.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte amat mementingkan hubungan dengan China dalam bidang perdagangan dan pelancongan. Lebih 36% daripada pelancong asing ke Filipina dalam tempoh kira-kira setahun lalu adalah dari China, menjadikan China salah satu sumber pelancong terbesar bagi Filipina.

Kini, kedua-dua negara sedang membincangkan langkah-langkah untuk terus mempermudah prosedur imigresen termasuk pelonggaran visa bagi pelancong China ke Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China