Cari:
Malaysia Bakal Laksanakan Tiket Rel Bersepadu
2017-07-19 16:19:53 CRI Cetak

Sistem integrasi tiket yang menggunakan satu tiket bagi perkhidmatan rel di Malaysia dijangka dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.

Menurut Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai, sistem integrasi tiket tersebut melibatkan semua perkhidmatan rel termasuk projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Malaysia-Singapura dan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Pantai Timur dengan Lembah Klang.

"Sistem ini saling melengkapi antara perkhidmatan rel dan mudah untuk penumpang melakukan perjalanan dengan menggunakan hanya satu tiket," kata Tiong Lai selepas merasmikan Mural di stesen LRT Ampang Park semalam.

Liow berkata, dua pengendali terbesar perkhidmatan rel, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), yang mengendalikan perkhidmatan Komuter dan pengendali sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sudah mengadakan perbincangan ke arah mewujudkan sistem tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata, ada beberapa isu perlu diselesaikan terlebih dahulu berikutan kedua-dua pengenda­li tersebut mempunyai sistem tiket yang berlainan.

Sistem integrasi tiket tersebut merupakan inisiatif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai salah satu transformasi kerajaan memperbaiki kecekapan pengangkutan awam darat, sekali gus meningkatkan keselesaan pengguna.

sumber: Bernama

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China