Cari:
Duterte Mahu Lanjutkan Undang-undang Tentera di Mindanao
2017-07-19 11:44:33 CRI Cetak

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mahu melanjutkan undang-undang tentera di wilayah Mindanao, selatan negara itu hingga hujung tahun ini bagi menyelesaikan konflik kekerasan di kawasan terbabit.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Pejabat Presiden Filipina, Ernesto Abella dalam sidang akhbar semalam.

Menurutnya, Presiden Duterte telah menyerahkan permintaan tersebut kepada Kongres.

Tindakan ini bagi membolehkan tentera kerajaan terus berjuang membebaskan Marawi daripada cengkaman militan dan membangunkan semula bandar tersebut.

Ketua Turus angkatan bersenjata Filipina, Eduardo Ano menyatakan bahawa pertempuran di Marawi masih belum selesai. Pelanjutan undang-undang tentera untuk tempoh lima bulan lagi boleh memberi ruang kepada pihaknya untuk menyelesaikan konflik kekerasan secara tuntas.

Berdasarkan perlembagaan Filipina, Presiden berhak mengenakan undang-undang tentera di kawasan tertentu sehingga 60 hari. Selepas tarikh berkenaan, undang-undang tersebut boleh dilanjutkan setelah mendapat kelulusan di Kongres.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China