Cari:
Cuaca Buruk Punca Nahas Pesawat Tentera Myanmar
2017-07-19 14:40:18 CRI Cetak

Cuaca buruk disahkan punca nahas pesawat pengangkut tentera Myanmar 7 Jun lalu, berdasarkan maklumat daripada perakam data penerbangan (FDR) pesawat tersebut.

Demikian diumumkan markas Pasukan Pertahanan Myanmar semalam.

Pesawat tentera itu dilaporkan hilang pada 7 Jun lalu bersama 122 penumpang termasuk 35 askar, 73 ahli keluarga anggota tentera serta 14 anak kapal, sebelum ditemui terhempas di Laut Andaman.

Serpihan ekor pesawat dijumpai pada 15 Jun, dan FDR dikeluarkan tiga hari kemudiannya.

Sejak 20 Jun lalu, siasatan punca nahas dijalankan oleh biro penyiasatan kemalangan Myanmar dengan bantuan Pejabat Keselamatan Pengangkutan Australia.

Analisis awal data perakam berkenaan mendedahkan pesawat tersebut hilang kawalan selepas dipukul angin kuat dalam perjalanan dari Mergui ke Yangon.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China