Cari:
Najib: Pewujudan Kolej Universiti Genovasi Fokus Kursus Revolusi Perindustrian
2017-07-20 09:48:12 CRI Cetak

Sebuah Kolej Universiti Genovasi (GUC) akan diwujudkan di Malaysia, dengan kursus-kursus menjurus kepada pemikiran reka cipta yang akan memberi tumpuan kepada Revolusi Perindustrian Keempat, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata penubuhan GUC dengan genovasi yang digabungkan daripada perkataan generasi+inovasi, telah mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Kolej itu akan menjangkau khalayak audiens yang lebih meluas dan meletakkan Malaysia sebagai hab bagi mempromosikan Pemikiran Reka Cipta, katanya ketika berucap bersempena dengan pameran "Memupuk Budaya Berfikir" di Kompleks Perdana Putra.

"Ini selari dengan inisiatif lain seperti Persatuan Design Thinking Malaysia, yang antara lain, bagi mengembangkan Genovasi dan Pemikiran Reka Cipta di rantau ASEAN," kata Najib.

Genovasi, yang dilancarkan pada 1 Ogos, 2012, bertujuan bagi memupuk budaya inovasi menggunakan metodologi Pemikiran Reka Cipta (DT) di kalangan belia Malaysia sebagai satu kemahiran untuk menghasilkan projek berpaksikan komuniti, yang menjadi gelombang baharu kekayaan dan penyelesaian bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan awam.

sumber: BERNAMA

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China