Cari:
Filipina dan Vietnam, Hab Pengeluaran Kereta Baharu
2017-07-21 15:11:31 CRI Cetak

Filipina dan Vietnam dijangka bergelar hab pengeluaran kereta paling pesat berkembang di Asia Tenggara dalam tempoh lima tahun akan datang, menurut dapatan agensi penyelidikan BMI yang dilaporkan menerusi Business World Filipina.

Menjelang 2021, industri pembuatan kereta Filipina bakal menyaksikan ledakan dua kali ganda pengeluaran sebelum ini dengan jangkaan output sebanyak 359 ribu, manakala Vietnam sekali ganda dengan 112 ribu.

Kadar pertumbuhan ekonomi Filipina dan Vietnam masing-masing melebihi 6% pada tahun lalu. Pertumbuhan tersebut yang turut membawa kepada penambahan pendapatan rakyat, menyumbang kepada peningkatan pesat penjualan kereta di dua negara itu.

Menurut data statistik oleh Pusat Penyelidikan Pew pada tahun 2014, kadar pemilikan kereta di Filipina dan Vietnam masing-masing mencatat hanya 6% dan 2%. Angka yang rendah ini memberi ruang kepada pertumbuhan pesat yang melebihi 15% setiap tahun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China