Cari:
Indonesia Bubarkan HTI
2017-07-24 11:23:50 CRI Cetak

Kerajaan Indonesia semalam mengumumkan perintah membubarkan Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) demi kestabilan dan keselamatan negara.

Menurut Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia, Wiranto, HTI tidak memainkan peranan positif dalam proses pembangunan negara, malah kegiatan yang dijalankan oleh HTI bertentangan dengan nilai-nilai Pancasila yang menekankan pluralisme dan toleransi.

Pada 10 Julai lalu, Presiden Indonesia, Joko Widodo telah menandatangani satu akta yang baharu, memberi kuasa kepada Kementerian Kehakiman dan Hak Asasi Manusia untuk mengharamkan dan membubarkan pertubuhan radikal yang melanggar Pancasila dan perlembangan negara itu.

HTI merupakan pertubuhan kalangan rakyat pertama yang dibubarkan oleh kerajaan. Keputusan membubarkan HTI mendapat sokongan daripada masyarakat Islam Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China