Cari:
Kumpulan Jemaah Haji Pertama Malaysia Tiba di Madinah
2017-07-25 09:56:02 CRI Cetak

Kumpulan pertama 483 jemaah haji Malaysia bagi musim 1438 Hijrah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohamad Bin Abdulaziz, Madinah pada pagi Isnin lalu.

Ketibaan mereka disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Zainol Rahim Zainuddin; Pesuruhjaya Perdagangan Konsulat Jeneral Malaysia-Jeddah, Khairul Annuar Abdul Halim; Timbalan Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438H, Nurrinanuwar Shamsuddin serta Konsul Haji, Mohammad Saimi Mat Som.

Sementara itu, perjalanan mereka dilepaskan oleh Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dari Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.

Sebanyak 112 pe­nerbangan membabitkan 30,200 bakal jemaah akan bertolak secara berperingkat dengan penerbangan terakhir musim ini pada 26 Ogos ini.

Abdul Azeez berkata, pengurusan Tabung Haji telah menghantar 209 petugas bagi melicinkan perjalanan kerja-kerja di Tanah Suci termasuk kemudahan penginapan serta pengurusan pejabat operasi di Madinah.

"Kita menyediakan kakitangan yang berdedikasi dan berpengalaman untuk menjaga kebajikan dan keperluan jemaah kita di Tanah Suci termasuk dari sudut kesihatan, penginapan dan makanan," katanya.

Katanya, pihak Tabung Haji akan melakukan yang terbaik bagi menjaga kebajikan jemaah Malaysia sepanjang berada di Tanah Suci.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China