Cari:
Najib: NGO Perlu Beri Sumbangan Lebih pada Masyarakat
2017-07-26 10:51:34 CRI Cetak
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu memberi sumbangan yang lebih besar kepada masyarkat berbanding hanya menjaga kepentingan diri sendiri dalam usaha melahirkan masyarakat yang prihatin dan penyayang.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, nilai seperti itu perlu dipupuk supaya individu itu mendapat kepuasan apabila melakukan untuk tujuan murni dan bukan untuk kepentingan sendiri.

Katanya, pihaknya tidak mahu membangunkan negara atas dasar material sahaja.

"Jika kita mengejar kebendaan, kita akan menjadi seseorang yang mementingkan diri sendiri dan tidak mempunyai nilai insaniah yang murni.

"Apabila tiada kasih sayang dan sifat mahu membantu kepada orang lain, maka jadilah masyarakat yang akan bergerak mengikut haluan dan kepentingan masing-masing tanpa memberi pertolongan kepada orang lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam 'Solidariti Bersama Perdana Menteri' anjuran Persatuan Amalan Minda Cergas Malaysia (AMC) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Selasa lalu.

Sementara itu, Najib berkata, permuafakatan masyarakat Malaysia boleh dilihat kembali pada sejarah negara semasa mahu mendapatkan kemerdekaan satu ketika dahulu.

"Pada masa dulu orang Melayu, Cina dan India bekerjsama dalam satu ikatan. Bila bersatu, kita tidak perlu berperang untuk mencapai kemerdekaan.

"Kebanyakan negara-negara jiran terpaksa mengangkat senjata dan berkorban nyawa untuk mencapai kemerdekaan tetapi bagi Malaysia kerana kita muafakat, kita mendapat kemerdekaan dengan agak mudah," ujarnya.

Dalam pada itu, Najib juga berazam untuk membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik dengan sokongan golongan NGO dalam memupuk maufakat dalam masyarakat.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China